Tuesday, March 16, 2010

MAKAN GAJI...PETIKAN DARI BUKU BERJUDUL "MENGALI TELAGA EMAS"


   

KERJA SENDIRI danMAKAN GAJI banyak perbezaan yang agak ketara.jika kita katakan kitaKERJA SENDIRI,ramai tidak akan percaya kita boleh terus hidup.bila kita MAKAN GAJI,kita dianggap senang walaupun sebenarnya susah.

Ramai orang yang bekerja makan gaji dengan kerajaan secara sedar @ tanpa sedar menganggap itulah keputusan yang terbaik untuk masa depan sendiri.kerja mereka terjamin,masa tua pun terjamin kerana mempunyai pencen,Mereka berfikir untuk berehat di hari tua.Jadi,buat apalah susah2 untuk mencari kerja lain

Makan gaji adalah untuk menyara hidup,ramai yang sebenarnya bekerja sekadar @ kurang dari nilai dirinya dibayar setiap bulan mungkin tidak keterlaluan dikatakan bahawa kerana malas bekerjalah seseorang itu makan gaji

Contoh kita seorang MAJIKAN,kita tidak akan membayar kepada pekerja kita gaji melebihi apa yang kita perolehi dari kerja yang dilakukan oleh pekerja itu.contoh,jika pendapatan perniagaan kita rm50,000 sebulan,untuk seorang pekerja mungkin akan memberi gaji tidak melebihi rm2,000 sebulan.maka pendapat yang menyatakan bahawa majikan membayar pekerja setimpal dengan kerja pekerja tidak wujud dan tidak munasabah.itu lah hakikat
 MAKAN GAJI 

Oleh kerana majikan tidak dapat memberi ganjaran gaji yang lumanyan dan mencukupi,banyak rancangan yang telah dibuat untuk menunjukkan penghargaan kepada pekerja.Nota ini bukan berniat untuk menghina mana2 MAJIKAN..,perkara ini ditulis bagi memberikan gambaran yang sebenar yang berlaku dalam dunia MAKAN GAJI.
Dari segi pendapatan,sebenarnya pekerja memperolehi kurang dari apa yang mereka sumbangkan,dan majikan akan memastikan bahawa pekerja benar2 membuat kerja..

Berbeza dari
 BEKERJA SENDIRI,anda akan memperolehi pendapatan yang setimpal dengan usaha kita,jika kita rajin,maka lebih tinggilah ganjarannya!!

No comments:

Post a Comment